Friday, April 4, 2008

خبر الإفك

Dalam peperangan Bani Mustalik , iaitu pada 6 hijrah, terjadinya fitnah berzina ke atas Aisyah R.A ( hadith al-ifki ) . Kisah ini bermula, ketika rasulullah keluar bersama aisyah selepas peperangan tersebut setelah cabutan undi di kalangan isteri- isteri baginda menjadi miliknya. Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W terhadap isteri-isterinya. Apabila mereka semua pulang dari peperangan Bani Mustalik, mereka telah singgah di beberapa tempat . Di tempat tersebut, Aisyah R.A telah keluar untuk membuang air, lalu kehilangan rantainya setelah merasakan rantai di lehernya terputus. Aisyah R.A pun kembali ke tempat tadi untuk mencari rantainya itu. Pada masa yang sama, kumpulan yang mengusung pengusungan Aisyah mahu bergerak dan mengusung usungsn itu. Mereka tidak mengetahui bahawa Aisyah tiada di dalam pengusungan tersebut. Tambahan pula, Aisyah R.A ketika itu berumur 15 tahun dan tubuhnya kecil dan ringan sekali. Oleh itu, kumpulan tersebut tidak perasan bahawa Aisyah R.A tiada di dalam pengususngan tersebut.

Pada masa yang sama, Aisyah R.A telah menjumpai rantainya yang terputus tadi, lalu dia pun kembali ke tempat persinggahan tadi. Malangnya, tiada seorang pun berada di sana. Aisyah R.A pun hanya menunggu di situ dan akhirnya tertidur di bawah sebatang pokok. Tidak berapa lama kemudian, Aisyah R.A terkejut dan terbangun setelah mendengar seseoarang berkata: “ Innalillah wa inna ialihi raji ‘un “ .Rupa-rupanya itu merupakan suara Sofwan bin al-Muattal, iaitu tentera islam yang diletakkan oleh Rasulullah S.A.W berjalan di belakang untuk mengutip barang-barang mereka sekiranya tertinggal. Sofwan bin Al-Muattal mengenalai Aisyah R.A kerana sebelum itu, dia prrnah melihatnya sebelum turunnya ayat hijab. Dia membawa untanya mendekati Aisyah R.A dan menyuruh beliau menaiki untanya. Sofwan bin Al-Muattal berdiri jauh di situ supaya tidak nampak Aisyah R.A menaiki unta tersebut. Kemudian dia mengheret unta tersebut manakala Aisyah R.A menunggang unta itu. Dia tidak bercakap sepatah pun dengan Aisyah R.A manakala Aisyah R.A tidak mendengar apa-apa daripadanya kecuali kata-kata istirja’. Akhirnya, mereka sampai kepada pasukan mereka ketika tentera Islam singgah di Nahr al-Zahrah. Apabila melihat Aisyah R.A bersama Sofwan al-Muattal, Abdullah bin Ubay pun mengeluarkan kata-kata yang tidak beradab. Ketua Munafik itu berkata: ” Adakah isteri sahabat kamu itu bersama Sofwan? Demi Allah! Sofwan tidak akan selamat daripadanya dan dia juga tidak akan selamat daripada Sofwan.” Begitulah celuparnya lidah ketua Munafik itu. Akhirnya, kata-katanya itu tersebar kepada orang ramai. Walaupun dia tidak menyebutkan dengan lafaz yang jelas tentang berzina, tetapi orang ramai yang mendengarya menambah dengan tuduhan berzina kepada isteri Muhammad S.A.W dan sahabat baginda itu.

Walaubagaimanapun, Aisyah R.A tidak mengetahui apa-apa tentang penyebaran fitnah mengenainya itu. Tetapi, selepas tiba di Madinah beliau sakit teruk selama 20 hari. Setelah tersebarnya fitnah tersebut ke Madinah, Rasullulah S.A.W hanya diam sahaja dan tidak berkata apa-apa. Kemudian, baginda meminta pandangan para sahabatnya kerana wahyu lambat turun . Sebahagian daripada mereka mengatakan bahawa semua yang ada pada Aisyah R.A adalah kebaikan. Saidina Ali R.A pula mencadangkan supaya Nabi Muhammad S.A.W menceraikan Aisyah R.A tetapi cadangan Ali itu dikemukakan dalam syarat sahaja dan bukannya berterus-terang. Usamah bin Zaid pula mencadangkan supaya baginda terus menerimanya sebagai isteri. Kemudian, Ali R.A mencadangkan supaya merek abertanya lepada Barirah, iaitu orang gaji yang berkhidmat dengan Aisyah R.A. Barirah berkata: ‘Demi Allah! Aku tidak melihat perkara yang buruk pada diri Aisyah melainkan semuanya kebaikan. Dengan pertanyaan Muhammad S.A.W, berlaku juga pergeseran pendapat antara ketua Aus dan Khazraj kerana Abdullah bin Ubai daripada keturunan Khazraj. Tetapi, Rasullulah S.A.W berjaya meredakannya.

Aisyah R.A yang tidak mengetahui berita fitnah itu, hanya perasan bahawa sikap Rasulullah S.A.W yang berubah terhadap dirinya. Setelah beransur pulih, Aisyah keluar pada suatu malam bersama Ummu Mistah untuk untuk membuang air. Tiba-tiba Ummu Mistah tergelincir karana tersadung pada kainnya, lalu terpacul keluar dari mulutnya kata-kata yang mendoakan kecelakaan terhadap anaknya Mistah ( Mistah ialah salah seorang yang terbabit dalam menyebarkan fitnah itu.). Aisyah menegur Ummu Mistah kerana doanya itu. Lantaran itu, Ummu Mistah pun menceritakan perkara yang sebenar kepada Aisyah tentang fitnah terhadap dirinya di Madinah. Kemudian Aisyah meminta izin kepada Rasulullah S.A.W untuk pulang dan pergi menemui ayah dan ibunya bagi mendapatkan kepastian tentang berita tersebut. Setelah mendapat izin, dia pun datang dan menemui kedua ibu bapanya dan mendapati bahawa berita itu benar. Lalu , Aisyah R.A pun menangis dua malam dan seharí lamanya sehingga tidak dapat tidur kerana menangis. Kemudian, Rasulullah S.A.W pun datang lalu mengucapkan syahadah dan berkata: Aisyah, aku telah menerima berita tentangmu itu dan ini, Kalau benar2 engkau bersih, Allah S.W.T akan membersihkan engkau. Maka mintalah keampunan Allah S.W.T dan bertaubatlah kepadanya, sesungguhnya apabila seseorang hamba mengakui dosanya, kemudian dia bertaubat kepda Allah, maka Allah menerima taubatnya”.

Setelah itu, Aisyah R.A pun tidak menangis lagi dan bertanya lepada ibu bapanya tentang kepercayaan mereka terhadapnya. Tetapi, mereka tidak berdaya untuk bercakap apa-apa. Kemudian Aisyah berkata : Demi Allah! Tidak ada perumpaan yang dapat aku berikan kepadamu melainkan seperti kata2 bapa Nabi Yusuf : “ Kalau demikian, bersabarlah aku denagan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu” . ( Yusuf-ayat 18 ) . Kemudian, Aisyah berpaling dan berbaring, dan tatkala itu juga wahyu dan Rasullulah S.A.W nampak riang dan tersenyum. Maka pekataan yang pertama sekali diucapkan oleh baginda ialah: “ "Allah telah membersihkan kamu.”. Aisyah pun pergi kepada Rasulullah S.A.W dan berkata: ‘ Demi Allah aku tidak akan bangun dan pergi kepadanya. Aku tidak akan memuji melainkan lepada Allah S.W.T. Ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T berkaitan berita fitnah ini ialah firmannya :




إِنَّ الَّذِينَ جَاؤُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ

(An-Nur : ayat 11)


Akhirnya, orang2 yang terlibat menyebarkan berita itu dihukum rotan. Antara mereka ialah Mistah bin Athathah, Hasan bin Thabit dan Hamnah bin Jahsy. Mereka disebat 80 rotan. Sementara itu, Abdullah bin Ubay tidak disebat. Hal ini desebabkan, Allah telah menjanjikan azab yang besar kepadanya di akhirat nanti dan untuk menunjukkan bahawa Rasulullah S.A.W seorang yang pamaaaf dan juga sebagai tanda penghormatan kepada anak Abdullah bin Ubay yang beriman kepada Allah dan Rasul.